Perjanjian Sykes-Picot
Perjanjian Sykes-Picot

Perjanjian Sykes-Picot

Perjanjian Sykes-Picot (Bahasa Inggeris: Sykes-Picot Agreement, Bahasa Perancis: Accords Sykes-Picot) merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan François Georges-Picot yang masing-masing mewakili negara Britain dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama pada Mei 1916.[1][2] dengan tujuan membahagikan kawasan pengaruh Empayar Uthmaniyah yang sudah ditumpas pada zaman itu. Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat islam di Syria, Lubnan dan Turki Cilicia untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan kawasan sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British. Walaupun secara literalnya ke semua wilayah ini tidak ditadbir oleh kedua-dua kerajaan ini namun secara amnya mereka mempunyai pengaruh didalam semua jabatan pentadbiran kerajaan wilayah tersebut. Kawasan utara Syria dan Mesopotamia adalah dibawah pengaruh Perancis manakala Saudi dan Lembah Jordan di bawah pengaruh British walau bagaimanapun ibu kota Palestin iaitu Baitulmaqdis adalah terletak dibawah pentadbiran antarabangsa.Perjanjian ini didapati bertentangan dengan Perjanjian McMahon 1915 dimeterai T. E Lawrence telah menjanjikan kepada masyarakat Arab bahawa mereka akan mentadbir sendiri wilayah mereka berdasarkan semangat ‘nasionalisme’ dengan syarat masyarakat Arab membantu Tentera Berikat untuk menewaskan tentera kerajaan Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, perjanjian (Mcmahon 1915) itu dipenuhi oleh Parti Berikat walaupun selepas kekalahan kerajaan Uthmanniyah. Kawasan Uthmaniyah yang ditawan masih diletakkan di bawah ‘kawalan’ Tentera Berikat namun ia menjadi pengajaran kepada masyarakat Arab untuk lebih berhati-hati di dalam berurusan dengan pihak British dan Perancis pada masa depan. Salinan perjanjian ini telah didedahkan kepada umum dan akhirnya menyebabkan masyarakat Arab mengetahui mengenai perjanjian sulit ini. - akhbar The Guardiantmelaporkan bahawa maklumat ini sungguh "memalukan pihak British, menghampakan orang Arab dan menggembirkan pihak Turki".[3][4][5] Keadaan ini menjejas berat kedua-dua bangsa Arab yang sangat sangsi campur tangan berikutan pihak-pihak ini serta bangsa Kurdi yang masih tiada negara diperuntukkan sendiri.[6][7]